Selamat Datang Ke Taman Arked LIVE! Kepada Penduduk Taman Arked!

Blog in diwujudkan untuk memberi berita terbaru berkaitan taman ini....Lebih Cepat! Padat! dan Hebat!......Kerana pencipta blog ini ialah penduduk Taman Arked sendiri!

WeLcOmE!!!!

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Penuhi hari mu dengan dengan ibadah ...

Ahad, 23 Ogos 2009

Selasa, 9 Jun 2009

Taman Arked diserang anjing liar......


Taman arked ketika ini "dihuni" 6 ekor anjing yang berkeliaran sejak dahulu lagi.Kawasan atau tapak mereka ialah di kawasan lapang di hadapan Padang permainan.Oleh hal demikian,ianya telah menjadi masalah besar kepada penduduk yang membawa anak2 ke taman permainan kerana takut di kacau anjing berkenaan.Pada 8/6/2009 lepas,seorang kanak2 telah dikejar hampir 200 meter.Mungkin sebab anjing itu ingin bermain.Tambahan lagi, 99 % penduduk di taman arked ini beragama islam dan berketurunan melayu.Jikalau taman di "usik" oleh anjing tersebut,maka tempat berkenaan dikira tidak suci dan wajib beristinjak.Oleh itu,di harap pihak tertentu dapat mengambil tindakan selanjut nya sebelum perkara yang tidak di ingini berlaku.

Sabtu, 31 Januari 2009




1 Februari 2009 merupakan hari Program Bumi Hijau Taman Arked Bersama Akhbar Sinar Harian bertemapat di kolam tadahan air Taman Arked untuk menyempurnakan Jualan Hasil Pertanian penduduk Taman Arked sendiri.....Antara aktiviti ialah Menjual HAsil tanaman,melepaskan benih ikan,pertandingan mewarna kanak-kanak serta acara2 lain.Program yang bermula pada pukul 8:30 itu mendapat sambutan menggalakkan apabila hampir seluruh warga Taman Arked berkumpul untuk sama2 menjayakan Program Bumi Hijau yang disarankan oleh Kerajaan selama ini.Pelbagai juadah juga di sediakan untuk dijamah oleh penduduk.Di hadiri oleh Ahli Majlis Sepang,M.R Tan serta Seorang Pegawai Pertanian yang hadir untuk menjayakan juga Program Bumi Hijau ni.Di mulakan dengan ucapan Encik Painoh,Pengerusi Taman Arked,serta Pegawai Ahli Majls Sepang sebelum bergerak untuk acara simbolik memotong pokok nanas,melepasakan benih ikan serta mengelilingi sekitar kebun.Acara ini tamat pada pukul 12:00 tengah hari.
By: ewan

Khamis, 25 Disember 2008

Majlis Ramah Mesra Antara Penduduk Taman Arked.......

Seperti tajuk diatas:-

Persatuan penduduk-penduduk taman arked disini telah bersetuju untuk mengadakan majlis ramah mesra pada tarikh 28/12/2008 pada hari ahad bersamaan dengan 30 Zulhijjah tahun 1429 hijrah........Perjumpaan kali ini melihatkan kepada pencalonan ahli jawatankuasa(AJK) Persatuan penduduk taman arked yang melihatkan hanya Ketua taman iaitu (Encik Abdul Malik) seorang sahaja yang menyandang satu kerusi setakat ini.......Namun begitu,pada hari tersebut,terdapat beberapa lagi aktiviti yang penting akan dijalankan.....Semoga ianya berjalan dengan lancar Insya-allah........

Khamis, 11 Disember 2008

Permainan Asas Sekitar TAMAN......


Padang permainan Di Taman Arked terletak di bahagian tengah TAMAN ARKED dan dianggarkan 1 kilometer(KM) dari pintu masuk Taman INi.....Kemudahan yang disediakan seperti Gelungsor,papan jongkang-jongkit,buaian kanak-kanak dan bayi serta alat senaman yang cukup untuk kegunaan Penduduk!

Selamat Datang KEPADA pelawat2 TAMANARKED LIVE!

Salam SELAMAT DATANG!!!!

Gallery 1

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Galeri 2

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow